Music

Thursday 17 December 2015

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH TAMBUNAN



Tambunan merupakan kawasan lembah yang mirip dengan corak perkampungan serta warna pertanian diSwitzerland, sehinggakan ada yang mengelarnya Tambunan Switzerland of the East.






                     



Tambunan sememangnya sebuah daerah yang mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu mempunyai tempat-tempat unik dan menarik yang mungkin tiada di tempat lain. Keindahan daerah Tambunan yang terpelihara ini wajar diketengahkan bagi menarik lebih banyak pengunjung untuk melawat daerah ini. Oleh yang demikian, admin yang juga merupakan penduduk Tambunan akan menyenaraikan antara tempat-tempat yang menarik ini untuk tatapan semua orang.
                             




      


GUNUNG WAKID YANG TERLETAK DI KAMPUNG SUNSURON





       ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI DAERAH TAMBUNAN                                     



  • AIR TERJUN MASAKOB
Air Terjun Masakob merupakan sebuah pusat peranginan pinggir jalanraya yang sedang di majukan, lengkap dengan beberapa kemudahan awam. Pusat peranginan Air Terjun Masakob ini di reka khas sebagai tempat para pengunjung bersantai.





        
                

  • TASIK REKRIASI TANDARASON TVRC               




                            










  • TUGU PERINGATAN MAT SALLEH

Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh terletak sejauh 86km dari bandaraya Kota Kinabalu, di Kg.  Tibabar,  Tambunan.





       

                            





  • SUNGAI KAINGARAN 







  • AIR TERJUN MAHUA
Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau kira-kira 12km dari Pekan Tambunan. 7km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua. Lokasinya terletak antara Kampung Katagayan & Kampung Mahua, Patau Tambunan. Suasananya yang nyaman diserikan lagi dengan tumbuhan serta pelbagai hidupan yang hidup terpelihara.








  • Tamu Pisompuruan Square

Di Pekan Tambunan diadakan tamu mingguan pada setiap hari Khamis di mana pada ketika ini lah pelbagai hasil sayuran dan buah-buahan di pasarkan.









  • Gunung Trus Madi

Gunung Trus Madi merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu. Anda boleh meneruskan penggembaraan sehingga ke puncaknya pada ketinggian 8690 kaki.







  • Batu Gong


Lokasinya terletak di Kampung Solibog Tambunan dimana tempat batu ini mula-mula ditemui. Untuk pengetahuan kita semua antara keunikan yang ada pada batu tersebut ialah ia boleh mengeluarkan bunyi yang merdu apabila dipalu. Bunyi yang terhasil sama dengan bunyi alat muzik kaum kadazandusun sendiri iaitu gong. Keunikan batu ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita rakyat dan terus-menerus menjadi misteri di daerah Tambunan.